Wednesday, December 21, 2005

Tips & Doa


Tips untuk ibu-ibu yang bekerja supaya dapat merapatkan hubungan ngan anak....(didapati dari perbincangan kaum ibu-ibu di yahoogroups)

1) Terangkan kepada anak - anak kenapa mama perlu kerja. Duit tu untuk apa...
2) Wujudkan routine - lambai anak, ucap selamat tinggal & take care and be good, salam dan cium tangan.
3) Cari hobby untuk anak-anak. Tanya minat mereka dan dekati hobby mereka. Cara ini akan membuat kita disanjungi kerana kita cuba memahami diri mereka dan minat mereka.


Tuhan tidak berikan kita ujian yang kita tak dapat hadapi dan pikul. Ini semua ujian sebagai mematangkan diri. Anak-anak pun ujian dari Tuhan. Pada masa yang sama, penuhkan diri kita sendiri dengan hobby baru seperti membaca novel, menjahit cross stitch, masuk peraduan, mencuba resipi baru di waktu lapang. Jangan jadikan minda dan jiwa kosong, kerana minda dan jiwa yang kosong akan mudah 'digoda' syaitan.

Dekatkan diri dengan Tuhan dan minta kekuatan dariNYA.

Doa Keselamatan Anak (Dijauhkan dari bahaya dan perbuatan jahat orang)

Amalkan doa ni:

Selawat 3 kali
Fatihah 1 kali
4 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq, Al Kafirun, An Nas) 3 kali
Bacakan Ayat Qursi...
tiup kat umbun anak2

Doa agar anak kita diperlihara Allah dari segala macam hasutan,bahaya yg bakal mendatang dan lain-lain perkara yang tak diingini.

Surah Al-Insyirah - 17 kali dan tiup kat umbun anak