Saya melahirkan anak sulung saya pada 29.5.2005 secara ceasarian. Saya bersalin di Hospital Universiti.
Saya keluar tanda (darah) pada pukul 5.30pagi. Due date saya lagi 12 hari. Jadi memandangkan ini pengalaman pertama saya, saya tak sure adakah saya sakit nak bersalin atau apa. Takkan gugur kot..dan takkan cepat sgt..lagi 12 hari detik hati saya. Saya sorang je kat rumah, suami saya bekerja shif malam. Saya pun telefon mak saya di kampung. Dia kata itu bukan tanda nak bersalin...ada orang ambik berhari-hari utk bersalin selepas tanda keluar. Saya rasa tak sedap hati lalu sms husband...dia pun tak sure. Pukul 6.30 saya rasa sakit mcm sengugut. Saya tunggu kalau ia berulang-ulang...selang 10 minit. Jadi saya telefon kakak ipar saya. Saya tanya dia adakah ini tanda saya nak bersalin sbb mak kata bukan. mungkin lusa atau esok. Dia suruh saya terus ke hospital sbb itu memang tanda nak bersalin..tapi bukan masa itu mungkin tengahari nanti. Jadi saya telefon jiran saya untuk menghantar saya ke hospital. Dlm nak turun bawah, jumpa husband saya. Saya masuk ke hospital cakap saya ada rasa contraction selang 10 minit. Nurse pun suruh saya tanggalkan baju masuk ubat utk buang air besar...lepas tu dia suruh saya duduk atas katil dan pasangkan peralatan utk dengar jantung baby tu...doktor datang check dan bukaan ketika itu baru 1 cm. Saya memberitahu doktor yang saya GBS positive. Kalau kita ada GBS positive mesti beritahu doktor ketika bersalin dan antibiotik akan diberikan pada kita supaya jangkitan kuman tidak akan kena pada baby pada waktu dia keluar.
Di Universiti Hospital bilik bersalin dikongsi oleh 2 orang..jadi selang tirai je dgn org sebelah...pada pukul 9.30 doktor check dan dapati bukaan dah 4cm jadi dia pun pecahkan air ketuban suapay saya akan cepat bersalin. Saya tanya doktor bila nak bersalin dan bukaan perlu 10 cm untuk baby keluar. Average utk bukaan ialah 1jam - 1 cm. Lama lah lagi saya nak tahan sakit...lagi 6 jam...doktor kata tapi mungkin awak cepat sebab baru 3 jam bukaan awak dah 4cm...sakitnye tuhan je tahu...tak de perkataan yang boleh describe sakit bersalin ni....saya tak sangka akan sakit mcm tu sampai ada ketika saya jadi sesak nafas...dalam hati dok cakap satu cukup lah...(tapi skrg dah rasa mcm nak mengandung lagi..heheh)....yg tak best kat universiti hospital husband tak boleh masuk..padahal masa tu saya amat memerlukan husband saya. Tapi kakitangan dan doktor yang ada di wad bersalin universiti hospital memang best dan klass....tak de pun kata-kata maki atau marah yang dikeluarkan..kata-kata perangsang adalah....saya tak tahu orang lain tapi tahap utk menahan kesakitan utk setiap org berbeza..dan pada ketika itu tak de perasaan malu ...hanya sakit dan rasa nak jerit je....asyik asyik jerit nurse...kelakar..saya cuba zikir...saya minta epidural pada nurse pada bukaan saya 3 cm. Tapi pakar bius ketika itu tgh sibuk dgn pembedahan emergency jadi lambat sikit dia turun...dan bukaan saya sudah 6 cm pada pakar bius tu ada dan pada ketika itu tak boleh ambik epidural lagi sbb bukaan saya dah besar.
Lamanya rasa ketika itu....Pukul 12.30 doktor dtg check dan bukaan saya dah 10cm dan saya dah rasa nak meneran. Dua doktor ada pada masa tu...doktor dah nampak kepala baby dan suruh saya meneran selama 15 saat....Saya meneran sekuat hati tapi baby tak nak keluar...doktor check servik ada problem..dan doktor lagi satu tak berapa puas hati dgn kadar denyutan jantung baby..tambahan saya ada GBS positif. Doktor kata kalau guna forcep atau alat bantuan lain pun tak akan jamin baby saya keluar kerana memandangkan keadaan perut saya yang besar (sangkaan doktor baby besar) dan kadar denyutan bayi lemah..mereka tidak mahu ambil risiko..nasib doktor tak toreh di bawah..;)
Saya pun di tolak ke bilik pembedahan...dalam nak sampai ke bilik pembedahan doktor tak bagi teran..tapi nak buat mcmana rasa nak teran.....bawah dah rasa macm terbuka ada benda nak keluar...saya teran juga tapi tak keluar.....sampai di bilik pembedahan, pakar bius hanya bius separuh badan. saya amat fobia pada pembedahan...dan saya dengar cerita sebelum ni kita masih boleh mednengar bunyi perkakas pembedahan, lihat perut kita dibedah melalui lampu di bilk bedah...jadi saya minta utk dibius penuh. Dia tanya saya ada lelah/asma atau tidak..saya kata ada..jadi sebab itulah saya tidak boleh dibius penuh. Dia kata jangan takut....
Lepas dibius...hilang terus rasa sakit....dan tanpa saya sedari nurse pun kata baby awak dah keluar...dan bayi awak kecil je...(baby saya hanya 2.3kg) saya tak dengar pun baby nangis...dia diam je..tak berapa lama kemudia baru saya dengar baby saya menangis...nurse tunjuk anak saya lelaki (saya dah tahu) tak smepat pun tgk muka baby...lama juga tunggu perut saya dijahit...Dan saya pun ditolak ke wad....Masa tu dah pukul 3 petang dan saya masuk ke wad dalam pukul 4.30 petang.
Saya tak dibenarkan makan...hanya minum je....nurse takut saya muntah...saya ada gastrik..mlm tu saya kena gastrik..pedih sgt perut saya....esok baru nurse suruh saya makan, dan suruh saya bangun dan berjalan-jalan...saya boleh tolak baby saya, dukung dia...
Walau apa pun cara kita bersalin, kita tetap akan hadapi dugaan dan kesukaran. Mana ada proses bersalin yang senang. Allah akan tetap menduga kita...Saya percaya dalam melahirkan, membesarkan anak tak de cara yang senang...sebab Allah nak kita hargai pemberianNya....supaya kita menghargai rezeki yang diberikanNya...
Sekarang setiap kali saya tgk anak saya, Ithzzanee Haqqeem..saya akan ingat setiap detik mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya. Semoga dia tak akan lupa mama dan ayah dia....
No comments:
Post a Comment