Thursday, December 22, 2005

Kurma, Madu, Kismis

Now have to start eating 7 kurma each day ;)

Sabda Rasulullah s.a.w

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta
cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma
Semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi
dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat
tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan
nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia
merupakan makanan Rasullullah s.a.w.Puan janganlah risau kerana takut
diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang
lain puan jauhkanlah.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana
ianya mengandungi banyak khasiat.

KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang
berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang
baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun,
sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah
kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan
menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih
hatinya)".

KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah
sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan
tertimpa penyakit kecuali kematian".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah,
maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis
dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena
kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan
menghilangkan letih".

MADU

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah
dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan
menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang
kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena
dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di
dalam dada".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala
penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir
dan membersihkan hati".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di
dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah
didoakan oleh 70 Nabi".