Thursday, April 20, 2006

Projek meminang dan citer si bulat....



Hari Sabtu yg lalu (15.4.2006), kami mengikut anak saudara saya (keluarga saya sebelah Terengganu) pergi merisik + meminang di pekan Rembau, Negeri Sembilan. Kami bawa 7 dulang. Janjinya pukul 10 pagi tunggu di tol Senawang. Tapi 10.30 pagi bayang anak saudara saya tak nampak lagi. Pukul 11 pagi barule nampak muka. Rupa-rupanya member baru nak ambil kek. Adik Ipar saya yg berasal dari pahang(suami adik saya seblah keluarga di Terengganu) yg jadi wakil pihak sini atas sebab masalah komunikasi.

Perbincangan diadakan dengan penuh adat. Saya tak berapa faham adat Negeri Sembilan. Masa tu adalah mereka terangkan mereka dari puak yg mana. Ada empat puak semuanya. Bakal tunang anak saudara saya adalah satu-satunya nak perempuan mereka. Patut lah mereka buat grand. Dengar cerita sampai tumbanglah lembu seekor. Siap ada khemah lagi. Macam kenduri kahwin. Anak saudara saya bagi satu cincin merisik, sebentuk cincin pertunangan dan gelang tangan. Mereka kata sekiranya terjadi putus tunang dari pihak perempuan mereka akan ganti 2 kali ganda. Kalau dari pihak lelaki, kira burn lah.

Lepas persetujuan syarat, kami beralih kepada topik hantaran dan perbelanjaan lain. Seronok juga mendengar perbincangan itu. Saya baru 1st time dengar perbincangan sebegini secara dekat. (Terukkan saya...;)Then barulah acara menyarung cincin tu diadakan. Kakak saya sebelah Terengganu kata rupa bakal tunang anak saudara saya macam saya. Ye ke? hehe..Adik beradik saya sebelah sana semuanya 'sihat-sihat' belaka. Jadi saya katalah 'welcome to the club'....Kira tunang anak saudara saya dah masuk 'club' kami lah...heheh

Saya cuti dari hari jumaat hingga isnin. Hari selasa (18.4.06) baru masuk kerja. 4 hari cuti, seronok dok rumah melayan karenah sibulat ni...Hari Selasa yg lalu, dia cuba utk memanjat kotak yg terletak depan tv. Kotak tu kosong jadi dia pun terperosok ke dalam. Menjerit dia. heheh..kelakar lak saya tgk...(jahat saya ni bukan nak tolong keluarkan..siap boleh ambik phone dulu tangkap gambar dia...)




Kami letak kotak tu supaya dia tak main CD-CD yg terletak di bawah cabinet tv. Tak sangka dia nak panjat lak. Sejak tu dia tak panjat lagi...ingat lak dia terperosok ke dalam.

Haqqeem skrg dah tak ingat nak jalan dlm walker lagi. Saya dah tak letak dia dalam walker dah dekat 2 bulan sebab hari tu saya nampak dia nak panjat keluar. Semlm ayah dia cuba lah letak dalam walker tu, dia tak gerak pun. Lama-lama dia nangis minta dikeluarkan. Keluarkan, wah ligat balik lah dia. Merangkak sampai ke bawah meja, berdiri di sisi katil..berjalan sambil paut pada katil tu...ayah kata..hah tu buas tu nak kena letak dlm walker balik ni....hehehe

8 comments:

Kaklong Syikin said...

wah..dapek oghang nogori. saya asal negeri sembilan gak, gemencheh. suku ni ikut sebelah mak. saya drp suku 3 nenek. tp saya pun tak amik pot bab2 adat ni, leceh.

ha, kalau anak dah tak suka duduk walker, mmg kena simpanlah walker tu. nanti depa panjat keluar. dah tau nak bebas

Izhal said...

cute la anak mamy_fynn... saya pun kalau anak2 teraccidnt yang kelakar, biar je dulu, layan gelak...

adat n9 ni tak silap ada bagi dodol, ada dapat tak???

Kaklong Syikin said...

cakap pasal dodol, saya cukup makan dodol masa ia tengah cair likat tu sblm keras..rindunya nak makan...tapi tak leh dah, arwah wan dah meninggal. dulu, asal jer tau kami nak balik kg, tak kira raya tak raya, mesti dia masak sekawah dodol..yum yum yum

mama_fynn said...

izhal,

tul tu...kelakar..mmg best layan gelak dulu...

dodol, tak dapat pun. tapi dodol n9 mmg sedap. Saya pergi sana mesti beli dodol..

syikin,

saya pun suka dodol yg lembik-lembik.
sedap...terining lah pulak..isyhh..bila lah lagi nak pegi...

Izhal said...

wife saya ayahnya kampung kat rembau... kalau pinang pompuan rembau gerenti dapat dodol... agaknyalah adat rembau gitu...

mamy_fynn punya side laki ke pompuan?

mama_fynn said...

izhal,

saya punya side lelaki....dlm hantaran tu tak nampak pun dodol..agaknya generasi skrg tak pakai dah dodol kot...gula-gula adalah...hehehe

Anonymous said...

Best regards from NY!
» »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site...
»