Perbualan ngan driver teksi tadi membuatkan saya terfikir.
Cerita bermula bila dia beritahu saya yg dia dah tak seronok bawak teksi. Tidak seperti masa dia mula-mula bawak teksi dahulu. Kerana ingin tahu saya tanya dia apa yg seronok sangat bawak teksi? Dia kata dia rindu masa dia dan kawan-kawan. Pukul 7 lebih dia hantar anak dan isteri dia. Lepas tu dia bawak teksi smp kul 10 mlm. Selepas tu dia akan berkumpul ngan kawan-kawan teksi yg lain di kedai dan minum-minum sambil berborak hingga pukul 1 pagi. Sehingga 3 tahun rutin dia begitu sehinggalah dia dapat tahu yg isteri dia 'bermain kayu tiga'.
Dia mula bercerita kisah isteri dia yg gila chatting. Sudah setahun lebih baru dia dapat tahu. Satu hari, dia terjaga dari tidur dan dapati yg isteri dia bercakap dgn seseorg dlm telefon dan waktu ketika itu dah 2 pagi. Dia bertanya dan isteri dia hanya kata kawan sekerja. Abang tak payah lah ambil tahu. Jawapan isteri dia buat dia tak puas hati. Dia desak dan siasat sehinggalah isteri dia mengaku yg dia berchatting sehingga ke peringkat berjumpa dengan chatter tersebut. Bukan perempuan tapi lelaki.
Dia kata dia terima ini sebagai dugaan. Mungkin salah dia juga kerana kurang meluangkan masa bersama keluarga. Dia cadang beri isteri dia peluang kedua. Isteri dia minta maaf atas perbuatan dia dan mula hidup baru demi anak-anak mereka.
Cerita dia buat saya terfikir...Sbg seorg isteri saya risau suami saya akan jadi mcm isteri dia. Saya tak terfikir pula akan diuji sebegitu..maksud saya berkenalan dgn lelaki lain dikala saya bergelar seorg isteri. Kalau terjadi, kuatkah saya? KAlau terjadi pada suami saya, sanggupkah saya beri dia peluang kedua? Hanya Allah yang tahu. Saya hanya mampu berdoa semoga perkahwinan saya kekal hingga ke akhir hayat.
Saya masih ingat masa saya bujang dahulu. Saya begitu sukar dan lambat bertemu jodoh. Di kala saya bersedia menjadi seorang isteri, Allah duga saya. Org yg saya nak jadi suami saya berpisah ngan saya. Saya jadi frust...niat saya baik...nak dirikan masjid dan saya berazam ketika itu..saya nak jadi isteri yg baik bila saya dapat jodoh.
Kawan sepejabat saya pernah nasihat saya yg saya ingat smp sekarang :-
"Dlm hidup ni apa yang mesti kita buat ialah niat kita mesti lah kerana allah..niat baik kita sudah dikira amalan...tapi kalau kita tak dpat benda yag kita nak tu..Allah dah tentukan....kita tak boleh kata kenapa kita dah buat dan berdoa semua tapi tak dapat juga.....berdoa tu sebenarnya Allah nak bagi umatnya lebih dekat dan mengharap pada Allah. dimana semua tu dah dikira amalan.......
KITA MINTA APA YANG KITA NAK, TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU....
samalah dlm kes feena ni...feena dah minta, semua tu niat feena adalah baik..nak kawin, nak jadi isteri yg baik ,tak nak selamanya dok kawan sajer....niat baik feena tu sebenarya dah dikira amalan...tapi Allah yg lebih mengetahui siapa jodoh feena sebenarya........jadi feena teruskan hidup ni dengan terus berdoa & beramal & berikhtiar sambil bersabar dengan apa yang Allah bagi dugaan utk kita...isyallah akan ada kebaikan nyer nanti....."
8 bulan kemudian saya bertemu jodoh ngan suami saya. Setelah bergelar isteri, baru saya tahu mengapa Allah buat begitu pada saya. Bukannya senang menjadi isteri yg baik...saya masih berazam utk kotakan apa yg saya cuba jadi. Semoga Allah kuatkan kesabaran dalm diri saya...dan juga mudahkan jalan saya utk jadi isteri yg diredhai suami.
Kalau saya curiga ke pada suami saya...saya sms kat dia " Abang, feena masih sayangkan perkahwinan ini. Feena harap kita masih boleh beri kejujuran dan kesetiaan kita bagi rumahtangga kita. Bagi pihak feena, selagi minda ini masih waras, Insyaallah nafsu yg 9 ini masih boleh dikawal.... "
Tak de apa yg saya harap pada perkahwinan ini selain dari apa yg saya katakan di atas. Bukan rumah yg besar, harta benda yg banyak..hanya teman di kala susah dan senang sehingga akhir hayat...itu je harapan saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
mamafynn..
saya paling suka entri ni.terima kasih atas citer p.cik teksi tu.
dan saya suka nasihat kawan feena tu, very touching...untung dpt kawan baik camtu.
betul, mmg susah nak jadi isteri solehah dan diredhai suami.begitu juga ngan suami sbnrnya.
InsyaAllah, kita yg bergelar isteri ni akan sentiasa mewangikan kehidupan suami kita hingga kita tak mampu mengalihkan sayang itu pada yang lain.:D
syikin..
dia masih menjadi penasihat saya sehingga kini...nasib saya ada dia utk ingatkan saya.
saya pun doakan awak dpt capai apa yg awak citakan...salams..;)
mamay_fynn bukannya bawak teksi... kalau bawak teksi terbalik la cerita ni jadi... eh kisahbenar ke tu??? sedap pula saya baca... youre wiriting style is good...
izhal,
cite tu citer benar. mmg citer drebar teksi...saya kenal ramai org yg suami/isteri dia gila chatting...mula-mula kawan, pas tu mengawan..isyhh..risau saya...
thanks for the cmpliment tough...itu writing di kala free..tak tertekan dan tak de gangguan ...hehe;)
whatever you want to do w/ yr marriage, love yourself first, then only you can love the rest of the world. never trust anyone 100%. reserve some for sanity check.
sibuk ke mamy_fynn? sihat ke mamy_fynn? lama benor tak update???
izhal,
saya cuti lama smp selasa baru masuk keje. Masuk keje byk lak benda nak buat dan follow up. Balik umah penat..tu yg tak sempat update...
babydiana,
betul tu..saya pun ada teringin nak chat tapi saya takut terjebak..taku tak dapat kawal diri...jadi tak payah lah...saya nak chat pun dgn kawan perempuan je...
ninuk,
kawan saya pun ada kata mcm tu..jgn bagi semua dkt org..simpan sikit utk diri kita...
betul tu...kalau buat mcm tu..tak de lah kecewa sgt..kena ada curiga sikit-sikit...
Post a Comment