Ada suatu hari dahulu i pernah cakap ngan my colleagues yg i takkan maafkan C (org yg penah buat jahat ngan i) smp bila-bila. Smp mati pun. My colleague jawab " Jgn mcm tu fynn, nanti bila dihisap kelak dan tinggal satu amalan je lagi utk kau ke syurga, dan maafkan org yg menzalimi kau akan tolong kau..." I tak faham apa yg dia cakap pada masa tu until i read this book- "Membina Hati Bahagia - Dr H.M Tuah"
Ada satu kisah dlm buku ni pada zaman Rasullulah s.a.w. Rasullulah s.a.w menjawab apabila Saidina Umar nampak Rasulllulah tertawa sendirian.." Ada dua org umatku yg memperhitungkan hak-haknya. Yg seorg berkata " Ya Allah, berikanlah hak-hakku yg dizalimi oleh org itu."
Berfiman Allah s.w.t " Berikanlah haknya yg telah engkau zalimi itu!"
Menjawab org yg dituntut itu dgn sedia, " Ya Allah, wahai Tuhanku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yg dpt aku berikan kepada org ini."
Dijawab oleh org yg menuntut itu, " Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya."
Berfiman Allah s.w.t kpd org yg menuntut itu " Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga."
Apabila dilihat oleh penuntut itu akan keindahan Syurga lalu bertanya " Apakah itu semua utk Nabi-nabi atau org syahid?"
Maka Allah s.w.t. menjawab " Itu utk sesiapa saja yg sanggup membayarnya!Engkau pun dapat sekiranya engkau mengampuni org yg menzalimimu itu."
Si penuntut itu pun memaafkan org yg menzaliminya. Maka Allah s.w.t. pun berfirman " Pimpinlah tangan org itu bersama-sama ke dlm Syurga itu."
Rasulullah s.a.w. pun pernah bersabda " Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim"
Kita ada hak utk memaafkan tapi berapa byk diantara kita yg ikhlas memaafkan insan yg mengata kita, menzalimi kita... i pun tak tahu...I know myself..I know time heals but a scar tak boleh hilang. Sakit pedih bila ingatkan memori itu...perbuatan org itu...bolehkah i ikhlas maafkan dia and feel good about it?
Fikir balik apa my colleague kata mungkin ada benarnya. I hope i can try to be forgiving...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
It's hard to forgive. Selalunya mengambil masa. But if time can heal wounds, kita boleh cuba nak memaafkan bersama peredaran masa. Susah but kita kena doa, that someday we will be able to forgive and move on. Take care
Pada saya, senang untuk memaafkan, tapi susah untuk melupakan. Adakah ini suatu dendam yang terindah???
don't force yourself to forgive when you are not ready. the time will come, naturally, for forgiving.
Post a Comment