Sunday, April 26, 2009

Nurul Insyirah

Tarikh : 23hb

Dah 2 tahun pemergian arwah...tarikh dan kejadian itu tak pernah luput dalam ingatan ku...alfatihah...

Sunday, April 19, 2009

Aqqilla Corner

Cantik tak kain di atas? niat saya untuk cari kain nak buat baju kurung riau..dan baju kurung untuk pakai sendiri..terjebak beli untuk jual sekali. cubalah...tgk koleksi yg lain di http://aqqillablogspot.com

I hope rezeki aqqilla corner akan murah. Untuk anak-anak ku...Pergi ambil stok kat supplier bawak haqqeem. saje nak biar dia biasa dgn keadaan mama dia beli-beli barang..tapi dia tak leh dok diam.kita nak pilih barang pun susah..saya takut dia hilang dicelahan org ramai..nasib para-para penjual itu baik2 tolong2 tgk2kan dia.

Nampak mcm adik aqqilla yg berminat terhadap brg2 jualan. gaya dia memunggah dan menyimpan sebiji mcm makcik-makcik yg menjual kat pasar payang tu..heheh..dia kan ada darah anak terengganu...

Haqqeem tu elok jadi pegawai pemasaran sbb dia peramah dan bising...i suka sgt kalau dapat duduk rumah dan buat bisness...tapi i know i cannot do this alone...

Tak pe la...itu long term goal...

Anyway, sneak preview on my item i sell : -

Jemputlah singgah jamu-jamu mata - http://aqqillacorner.blogspot.com

Friday, March 27, 2009

Buat Perangai lagi

Saya suka sangat gambar ni...dia mmg suka tidur ngan adik dia mcm ni..adik dia boleh diam lak tu..smp skrg bila dia bangun tgh malam dia akan pegi kat adik dia dan peluk....

siang..dia tudung-tuding muka adik dia...kdg2 kalau kita tak nampak dia ketuk kepala adik dia ngan botol susu...dia tolak adik dia...

adik dia..kdg2 buat dunno..kdg2 nangis juga.....

Haqqeem balik sekolah buat perangai lagi..melalak kata nenek dia.

Kenapa haqqeem asyik mengamuk je...risau mama....

Adik rilek je..tgk abg mengamuk...;)

Monday, March 23, 2009

cuti sekolah

hari ni haqqeem start balik sekolah. ingat kan dia tak nak pegi..tapi ok je..lookgin forward to it...alhamdulillah.

balik tadi..agaknya bergaduh ngan budak..dia merajuk di bilik 'merajuk' nya. Cikgu dia kata dia ada bilik merajuk..heheh.haqqeem memang budak 'gembeng'.

letih hari ni kemas rumah, hanta baju ke tailor. balik lepas makan, dia minum susu dan tidur. adik dia pun sama. boleh aku buat keje rumah...

ptg ni nak gi rumah nenek. tgk apa khabar dia....

Monday, March 16, 2009

Shop Blog

Dengan lafaz bismilahirohmanirohim..my shop blog is on. I m selling tudung, brooch and selimut patchwork.

Please feel free to browse in...

http://aqqilacorner.blogspot.com

Sunday, March 08, 2009

Terkini



Salam,

It has been almost 5 months i have not write anything. Dah bersawang dah blog ni..heheh

Aqqilla dah boleh bertatih dah sekarang. She is now dah dekat 10 bulan..makin terselah personaliti dia. Dia lebih senyap berbanding abang dia tetapi dia sama aktif dgn abg dia. Kejap kesana, kejap kemari..semua diterokainya.

I love my children very much. I consider the a gift from Allah that is so priceless. Kehadiran mereka byk mengubah cara hidup saya dan pandangan saya terhadap hidup.

Haqqeem dah dihantar ke tadika. Bukan niat utk dia belajar tapi i hope dia akan lebih vocalise. Skrg byk perkataan yg dia boleh cakap. Tidak lagi 2 patah perkataan namun dia masih berpelat.

Mak makin tak sihat sekarang. Kejap sakit kepala, kejap sakit badan2..dia dah tua. My husband said we need to look for other alternatives for our children. kesian kat mak...

Well, we still have not move to our new house. I am not ready yet. I have not achieve what i want but all the points are in progress.

Hope Allah akan mempermudahkan segala ursan dan kuatkan semangat saya.

Sekian

Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan

Aqqilla dah start meniarap...semlm dia dah boleh meniarap dan kembali ke kedudukan asal...Cepat je..nak tukar lampin pun mengiring nak meniarap..hehe..alhamdulillah dia anak yg tak byk ragam..

Last week pergi jap dia utk 3 bulan. Dia demam pas kena inject. Doktor kata..nampak mcm boy..dah mcm muka abang dia..ni mama kena pakaikan dress baru org tahu aqilla tu girl..hehe

I started to buy baju raya budak2 ni...utk haqqeem belum lagi..aqilla dah cukup dah..haqqeem next month. For mama and ayah, tak de lah baju raya...bagi kami sama je tak raya pun ada beli baju juga..i will use last year punya. baju melayu ayah lagi lah..pakai sekali je...

Baju melayu haqqeem tak sempat nak jahit..jadi beli dah siap..kain tu simpan lah utk raya tahun depan..hehehe

Haqqeem masih tak berapa fasih bercakap...dia bercakap dlm bahasa dia sendiri...ada sesetengah perkataan dia boleh cakap...

1) Kalau ada org telefon, mesti dia tanya ..mama ....ayah? do ..do (datuk?)..mina (mama ina)...?
2) Adik - ode
3) na..(dengan nada tak nak)..
4) nak..(dengan nada nak)
5) ..bunyi makan mee..slurppp..(tandanya dia nak makan mee atau seangkatan dengannya)
6) ..aaaeeeng....(nak makan/beli gula2)
7) air (sebut air - udara) tanda dia nak minum air...

Ok...Ramadhan tahun ni mcm tahun2 lepas ..saya masuk keje sebelah petang 2pm - 10pm..cuma tahun ni saya terpaksa cari babysitter utk aqilla. susah nak cari babysitter utk aqqillah sbb ramai yg nak gi tarawikh...nasib dapat juga..saya dah risau mcmana nak buat...2 minggu lagi nak pose,...dapat..Terima kasih ya allah mudahkan urusanku...

Saya harap tahun ni bulan Ramadhan segala hal kerja runs smoothly..hati berdebar-debar pk psl function yg akan dihandle...

Thursday, August 14, 2008

Ben 10 cake


This cake is a present to my son's friend. I forgot to write his name on the cake. Hope he like it. I know my son sure suka. Dia suka sgt gambar Ben 10.Dia dok mengendeng minta belikan jam Ben 10...alahai ada tak yg jual kat pasar malam? ;)

I ordered this cake from here. http://yt5486.fotopages.com/

Aqilla is more vocalise these days. She likes to play with her hands.Angkat kaki tinggi2.

I feel heavy..the more lighter i want to feel...the heavier i am feeling...;(

Monday, August 11, 2008

Our babe

Went to EPF again today. Last week we went trying to submit. Our loan was at Mantin. EPF needed only 3 document, my ic, pass book and letter from the bank. So i need to get the letter from the bank at Mantin. After 4 trips to the bank, at last EPF accepted my application. Need to wait 2 weeks for the application to be approved.

Well, I hope I will be able to live there permanently. Byk kena adjust in my life to live there...

Saturday, August 09, 2008

Latest edition


Salam,

I am so glad i suddely remembered the pasword to this blog. Masa mengandung dulu, sgt lah tak boleh baca dan update blog..i dunno why. Just one month came back after my pantang. I safely delivered my baby girl on 13 May 2008 at 5.52am. Her name is Nur Aqqilla Syafeena. Weighs at 2.9kg. Now she is nearly 3 months dah dkt 6kg. I start rasa sakit at 3.30 am. I thought it was stomach ache sbb salah makan ke..tapi dalam 4.30am dok mundar mandir ke toilet tak rasa nak membuang. makin kuat lak rasa sakit dia. I kejut my mother in law. Then dia call my husband to send me to the hospital. Reaching the hospital the doctor checked I was 8cm dilated and pecahkan air ketuban. Lepas dia pecahkan air ketuban, I rasa nak push dah. Nurse tak bagi push lagi sebab dia kata i am not fully dilated. Dah rasa nak teran nak buat camano..I can feel the head nak kelaur tapi tak lepas. Pas tu doktor buat episotomi and baby keluar semua. Lepas tu leganya tak tau nak cakap.

Alhamdulillah, semuanya selamat.



We did her Aqiqah on 2.8.08, Saturday. I bought cupcakes from dahlia. Sedap dan anyone who would like to buy cupcakes from her ni her link : http://lea-oven.blogspot.com/ Sedap cupcake dia and very cute those booties. Very soft dan buttercream dia tak dela manis sangat. Mak mentua i pun suka.

Lepas habis kenduri ayah pun cukur kepala adik smp licin. Dah botak muka dia mcm abang dia.


After bersalin, my aim now is to lose weight. I am tired of being pregnant. Tapi with these two children and housechores, I tak sempat nak makan malam. By the time i able to sit and rest it's already late like 11pm. Jadi just dip biscuits and susu je lah...tapi esok pagi breakfast lapar gila. Makan lah mihun goreng. I have limit my rice intake..i find if for me i lessen my rice intake i tak de lah rasa lapar sgt.. i eat small portion tapi kerap. I think my aim first is to control my desire to eat. Once I am able to control that..i can manage my weight...insyaallah kita akan cuba...

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan lagi

Masa bulan ramadhan, saya kena kerja petang. masuk 2pm - 10pm. tak de off sehingga last day bekerja.

Hari ni hari ke 5 saya bekerja. Letihnya kaki dari function semalam. Kerana kasut yang tak cukup grip dan mengendahkan nasihat doktor yg menyuruh saya beli kasut yg grip kuat, saya terjatuh semlm. Lantai kat kitchen terlalu licin utk kasut saya. Takutnya apa-apa terjadi pada kandungan saya.

Dalam hati berdoa jgnla apa-apa terjadi kepadanya.

I just want you to have a sneak preview on our berbuka puasa at my workplace. Pls bear with the pictures as they were taken from my handphone.

The Ice Kacang

The ice was grind by a handsome staff. The taste was sweet just like the staff who made it ;)


The french pastries sedapnyer..ooh i have to watch my glucose level....


Baked Salmon (i like the whole salmon more...issyh sedapnyer..mcm butter)

Datanglah buat booking at : 03-22705152 or u can call my hphne : 012-9428740

Only RM 58++ (Adult) and RM 32++ (Children above 6 yrs)

Ok..see u next time..enjoy your ramadhan.

Saturday, September 15, 2007

It's Confirmed

Today, i went to the clinic because last week i did the test the line was faint one. The doctor scan and can see the sac. At this point,the baby is about the size of a sesame seed. Yes, its very small.

Then, she ask me to the the upt. Finally, the line is clear as ever. 2 lines. I have to come for check up another 2 weeks. As i just had delivered arwah 4 months ago, I am terrified that it will happen again. The doctor said we must have hope and faith to what God has planned for us. We have to pray for the best and at the same time to take care of myself and my diet.

Ramadhan months is the most hectic month of the year at my work place. Working with F&B industry is very tiring especially when we have to deal with functions. I do not know whether i can cope. Last time we had F&B manager and am not involved with the operation. But now, we don't have a manager, that leave me with sleepless nights thinking whether we have the staff and equipment strength to do it. For below that 200 pax i am confident, but above that the equipment is not enough.

Anyway, I hope my pregnancy will go alright this time. I hope also I will be able to obtain the barakah of the month. To take the advantage of this month to pray hard that everything will be going smoothly.

Pray for the best..bye

Saturday, September 08, 2007

Ramadhan

It's been four months now since arwah died in my womb. I missed her although i don't have the chance to held her in my arms. Every time I look at baby I will feel if arwah is born, i am still dalam pantang..Semuanya what if..dah lah jgn pandang belakang..sekarang pandang depan..semuanya telah menjadi memori untuk ku...

Today i am late. My monthly friend did not come on time. The results which i did on my own come out blurred. I am really not ready yet because i am in the midst of readjusting my life. But, I guess Allah knows best. I have never doubt what Allah plans for me. I hope for the best.

Dear Allah Al mighty, If confirmed, please let me keep it. Permudahkanlah jalan untuk ku. Murahkan rezeki kami sekeluarga. Berikan kami yang terbaik Kau rancangkan untukku. Redhakanlah aku...

Anyway, Ramadhan is approaching. For those of you who are thinking of where is the best place to break fast please do come here : - http://www.iamm.org.my




The price are reasonable and the ambience is very calming..(cehwah).

Happy Ramadhan All. Will updates you more later...Semoga Ramadhan ini kita akan mendapat keberkatan.

I love you all...


Saturday, July 14, 2007

OGTT

What is OGTT ? I have yet to do my test after my delivery. Tak pegi-pegi ke klinik tu. I think I will this Monday.

Takut lah nak pegi..what if i m diagnosed with Diabetics. Can i conceive lagi lepas ni. Takut jadi lagi macam hari tu...

Well, OGTT ni adalah Oral Glucose Tolerance Test. Kena puasa start dari pukul 10 mlm sebelumnya. Then pagi datang check darah sebelum anda diberi air glukos utk diminum.
Selepas 2 jam, dtg balik utk check darah.

Keputusan : Kalau result menunjukkan kandungan gula anda tingi..yes u are a diabetic. Kalau tidak, ia tidak bermakna anda tidak akan menghidap diabetic in future. I have to watch my diet and lose my weight.

Takutnye to know the result...

Monday, June 25, 2007

Cerita Hari Itu

Pagi itu aku terjaga dengan terasa sejuk di perut. Kenapa ek? takpe lah detik hati aku. Hari ni ada monthly check up jadi nanti tanya doktor.

Aku pergi sendiri naik teksi. Sampai sana routine check up, urine,bp, weight dan selepas tu tunggu jumpa doktor. Tiba giliran ku, doktor minta check pemakanan aku untuk kecing manis. Katanya dia tak puas hati dengan my eating pattern and my glucose level. Dr bagi masa up to that weekend and if it does not improve, she will put me on insulin.

Lepas tu check perut. Seperti biasa doktor letak alat doopler (yang utk dengar heartbeat baby) but she could not find. "Maybe awak ni air ketuban banyak sangat" katanya. Jadi dia ajak saya pergi ke scan room. Bila di scan, doktor hanya diam sahaja. Hati aku tak sedap. Aku tgk di skrin dan nampak sekujur tubuh kecil yang tidak bergerak. Ini bukan kali pertama aku melihat skrin itu. "Selalu 'dia' gerak kenapa dia tak gerak doktor?" tanyaku. "Nanti saya minta pakar scan untuk lihat awak" kata doktor.

Sementara menunggu pakar, hati aku cemas. Adik dah pergi ke? Adik dah putuskan untuk tinggalkan mama ke? Kenapa adik? Adakah kerana salah mama tak jaga pemakanan? Adik dah cukup sifat dah ada roh...Aku istighfar...

Bila tiba giliran aku, doktor pakar sahkan yang adik dah meninggal dalam kandungan. Kemungkinan dah 2 atau 3 hari sebelum. Aku diberitahu yang kandunganku anak perempuan. Seperti yang ku idamkan...Aku menangis di kala itu juga. Sedih, takut semua perasaan bercampur baur kecuali gembira....

Puncanya ? Aku sendiri tak tahu. Kemungkinan sebab kencing manis ku atau ada kemungkinan organ dalaman dia tak form properly. Itu kata doktor. ...

Aku telefon my hubby untuk bagitahu. Suara di hujung sana hanya membisu seketika...sebelum akhirnya bersuara " Abg, datang skrg. tunggu situ"

Aku terpaksa masuk wad. Doktor bagi aku pilihan. Pertama nak tunggu aku sakit bersalin naturally which will take up up to 3 weeks atau nak induce. Dimana ubat dimasukkan kedalam untuk mengalakkan kontraksi untuk berlaku. Cara ini ada risiko. Sebab previous pregnancy aku melahirkan secara pembedahan dan mereka takut berlaku scar rupture due to the strength of the contraction. Dan sakit bersalin yang di induce selalunya akan lebih sakit dari sakit bersalin biasa. Suami tanya " Awak boleh tahan sakit tak?" Aku terdiam. Dia lebih tahu yang aku memang tak tahan sakit tapi takkan nak balik dengan perut yang membusung dan jasad yang tak bernyawa masih ada didalam. Hati aku berdetik " Aku harus hadapi saat itu, walaupun sakit mcmana sekali pun sebab aku punya tanggungjawab...mama harus kebumikan mu sayang..."

Hari pertama doktor nak tunggu sehingga aku ada tanda sakit bersalin. Hari kedua doktor masukkan ubat yang kurang kuat. Aku tak rasa apa - apa pun. Saat sepanjang hari aku ditempatkan di bilik bersalin dan hanya melihat mama lain bertarung melahirkan anak yang bernyawa..dan aku melihat suami dan ahli keluarga yang bersinar mata mereka menyambut kedatangan anak itu. Dan aku hanya duduk termangu, sebak melihat mereka. Ya allah, tabahkan lah hatiku untuk melalui dugaanMu ya allah. Hanya ini jodoh ku dengan anak ku. Hanya sehingga detik ini KAU benarkan untuk dia bersama ku. Setiap hari aku berdoa pada MU untuk lindungi kandunganku tapi apa dayaku...KAU yang berkuasa untuk memberi dan KAU jua yang berhak mengambinya kembali ke sisiMU. Aku redha...Aku pasti KAU lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku...

Hari ketiga selepas berbincang dengan doktor pakar, mereka bersetuju untuk memberiku ubat yang lebih kuat. DAri pagi sakit itu datang sedikit demi sedikit dan makin lama makin kuat. Sampai selepas asar air ketubanku pecah dengan sendiri. Selepas itu sakit makin kuat sampai tak larat nak jalan. Doktor kata mungkin tak payanh tunggu bukaan sehingga 10cm. Dia check bukaan masih 1 cm. Menjelang Maghrib aku dah rasa nak teran. Doktor kata dah 3 cm...sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Aku teran dan dengan 3 kali adik keluar. kecil dan biru tubuhnya. lega rasa adik dah keluar...tiada jahitan diperlukan. Lega..Kecil nya jasad arwah adik. Sepanjang botol mineral.

Selamat tinggal adik yang kuberi nama Nurul Insyirah. Kembalilah kepadaNYA. Adik pasti gembira di sana. Aku redha....

3 hari selepas adik dikebumikan aku bermimpi adik. Aku dan suami kejar dia tak dapat. Aku hanya nampak kelibat dia. Dengan gelak ketawa dia....

Sehingga hari ini aku masih belum pergi ke kubur arwah. Jauh di sudut hati aku amat rindu padanya...Ku pujuk hati..Ingat ketentuan Allah. Aku harus redha..

Pesanan seorang rakan : " Ingat feena, kita ni cam patung ukiran. Nak jadikan ukiran itu sempurna kena pahat selalu. Tiap kali pahat akan rasa sakit. Allah nk tgk kesabaran kita. Kan sabar itu separuh dari iman"...

terima kasih rakan...Kau selalu ingat kan diri ini yang selalu alpa. Aku tak rugi punya kawan seperti anda...

Tuesday, March 27, 2007

It's a boy...

I've done my scan yesterday. and the doctor told me that the baby is a boy. Tak dapat lah i merasa letak klip rambut pada anak..heheh..tapi tak kisah lah. at least haqqeem ada teman untuk bergumbal, tidur bersama, main tembak-tembak. ..heheh..i hope they will be best buddies like i am with my sisters....

Mcmana lah keadaan baby baru ni.previous delivery and post natal experience was not so pleasant...still haunts me though. I hope i can be tougher and know how to handle babies. Last time i had spent 5 days in the wad and i have problem handling haqqeem. I just don't know how to handle him and i was afraid that i might hurt him or do something wrong...I cried everyday sampai my hubby risau. He had to ask my friend (kakak kat ofis ni) to give me advice...hehe..thinking back i wonder how i can be so fragile. Rasa rejected, rasa down sgt-sgt..it was so unexplainable through words...

I remember the first time i held haqqeem. The nurse told me to speak to him. Call his name..to tell the truth i just don't know how...i feel akward calling his name..akward to speak to someone who doesn't know how to speak back...to hold him..nak cuci najis dia pun tak reti...

Sekarang bila tgk haqqeem tidur, i spoke to myself..dah panjang dah dia. dulu kecik jer..baju new born pun tak muat...seluar pendek utk new born jadi mcm seluar panjang...heheheh sekarang ngan perut buncit dia...kaki tembam...lari terkedek-kedek...hheheh kelakar..seronok tgk..he is my best remedy ever...cuma dia tak pandai nak cakap je...

Now...I feel so tired..kaki ni mcm tak larat nak angkat...lenguh je...panggil tukang urut tapi tak dtg pun. asyik busy jer...kat tempat kerja lak busy jer...asyik kena naik turun je...pas tu balik umah kena naik tangga lagi..ni baru 5 bulan...mcmana lah nanti....and the stress at tempar kerja mcm tak leh nak handle...kalau lah things is a bit easier....

Saturday, March 17, 2007

Fetal development

pregnancy cartoon

I am now pregnant 20weeks this week. (Below were taken from http://baby-gaga.com)

Fetal development in pregnancy week 20:

This week you’ve got about 10.5 inches and approximately 10.5 oz of solid baby-miracle-goodness! Their little delicates bones continue to ossify and toughen while their itsy bitsy finger and toe pads are finishing up. Your little monkey now has teeth buds, although they’re hidden beneath the gum line. And finally! Their limbs have reached their relative proportions—no more alien baby! Their cute pink lips are more defined, and might be helping out in a bit of prenatal thumb-sucking. If you have a little boy, then their tiny testes are descending, though they have not yet passed the abdominal wall. What’s more, eyelashes and eyebrows are also visible. At this point, your little one really looks like a miniature baby—and we do mean miniature as your little swimmer currently weighs a mere eighth of their final birth weight. With half the pregnancy behind you, the most significant gains are yet to come!


Hmm..i can't wait to know whether it's a girl or a boy! Either one I will be happy with...asalkan dia sihat...

Friday, March 16, 2007

Last week, I bought bicycle for haqqeem. Yg siap ada tempat tolak kat belakang. Unfortunately, kaki dia tak sampai..gheheh..jadi kalau nak naik, kena ada org tolak lah.

On weekend, kami pergi kedai belakang to buy his milk. Bawak lah haqqeem dan his new bike. Tapi masa balik dah hujan renyai-renai. masa tu dah nak malam. Jadi idecided beli baju hujan pakaikan dia. Baju ujan tu besar..panjang lebih dari kaki..panjang lengan pun...tapi tak pe asal dia tak kena ujan. Dia diam je smp balik..kelakar lak tgk dia. tak gerak..senyum pun tak. Kakak sepupu dia dok ketawa-ketawa kat dia..dia boleh diam tak de perasaan. Siap tepis muka kaka sepupu dia yg ketawa berdekah-dekah sebelah dia.

Haqqeem..haqqeem..bila ingat balik waktu lahirkan dia..he was so innocent..so small..sekarang he so panjang, bulat and ada attitude of his own.

I am officially 5 months today. Macamana lah keadaan adik nanti...Mcm abang dia ke? Teringat-ingat saat-saat melahirkan dia dulu..the time after the delivery..at the hospital...
all those late nights..haqqeem smp skrg pun tidur lewat..kdg-kdg kul 1 pagi baru tidur...then dia akan bangun for susu..3-4 times....

Skrg ni dah start digging up baju haqqeem yg lama-lama dulu. Nak basuh sikit-sikit dan simpan elok-elok. Org kata tak elok start prepare awal sgt. I tak percaya sbb bila perut dah besar dah tak larat lagi nak mengemas. Tengah ada mood dan rasa cergas buat je lah...Seronok pulak rasa tgk baju-baju baby ni..teringat dulu masa haqqeem kecik-kecik...

I hope Allah will give me strength and guidance to raise my children. Murahkan rezeki kami utk cukupkan keperluan kami sekeluarga....

Friday, March 02, 2007

Sejenis sawi itu yg baru ku kenal...


English Name : Chinese Mustard Cabbage
Chinese Name : Gai Choy
Malay Name : Sejenis sawi

I am so crazy for this vege. Mula kenal bila mak mentua masukkan dalam kuah asam pedas. Sedap lak rase. tak yah makan benda lain makan lauk ni jer...

First time jumpa sayur ni. Kata cine yg jual sayur tu goreng pun sodap. Semalam order kat supplier di tempat keje. Then minta officemate masakkan. Dia masak asam peda bubuh sayur ni...Sedap nye makan ngan nasi. Makan samapi perut dah senak...kenyang nye tak tau nak cakap.

Kalau dapat makan tiap-tiap hari sayur ni pun tak pe..baby ni yg suka makan kot..pelik..hehehe

Thursday, March 01, 2007

spending our weekend

Last Monday, saya gi check up kat Klinik Kesihatan kat belakang rumah. Masa nurse nak dengar jantung baby (guna sejenis alat dia leteak kat perut tu), dia tak dpt nak detect jantung baby. 2 nurse buat tak dapat cari. then dia tanya bermacam soalan yg membuat aku rasa baby dah tak de ke?...risau aku...sms kat hubby..then dia kata kena scan..

Gi doktor scan, doktor nampak pergerakan dan jantung baby. Lega. Maybe kulit perut you tebal dan peralatan kami tak berapa canggih sbb tu tadi tak boleh dengar jantung baby tadi...kata doktor yg periksa saya...

Habis check up hubby ambik ngan haqqeem. Hari ni adik anta MP3 player. saya nak dengar bila naik bas. utk gi keje. tak de la bosan sgt melangut je...

BAlik rumah hubby kata nak bayar duit keta. Saya offer dia untk pegi bayarkan. rasa nak berjalan-jalan ngan haqqeem. Lepas gi bank kat PJ, nampak bas lalu. Ckp ngan haqqeem, jom haqqeem kita gi KL sentral. boleh makan MCdonald. Jadi naik bas kami berdua pegi ke MCdonald. Haqqeem tak tidur pun. Dia suka. tapi dia tak nak duduk kat kerusi nak duduk kat peha aku. Dia takut org dlm bas tu...

Kat Mcdonald beli Happy Meal ayam goreng utk dia. Dia duduk makan. mesti lapar. tak gerak pun...then habis makan dia terus minta turun dan jalan keluar. Isyh budak ni tak tunggu pun mama dia.

Pas makan kami terus balik. Letihnyer bawak budak ni jalan...tapi saya happy sgt tgk dia jalan - jalan gembira.

Esok dah nak pegi kerja..tak bestnya tak dapat spend masa ngan dia...