Saturday, December 23, 2006

Perpisahan


Perpisahan – Anuar Zain Ku mengerti perpisahan ini Bukan kerana kau membenci Tapi kasih yang pernah ku beri Tiada lagi bersama Sering, kala aku terlihatkan mu Impian nan indah bersulam bahagia Ku harungi hari demi hari Bersama wajah tak mungkin akan kembali Tapi hati masih tak terima Ditinggalkan sengsara Keraguan ini bukanlah padamu Perasaan hati masih rindu Kekalutan ini hanyalah untukku Tercari-cari bayanganmu Tak sanggup aku kehilangan Kehilanganmu… Masih tercari-cari… Keraguan ini bukanlah padamu Masih tercari-cari bayanganmu Tak sanggup aku kehilanganmu

Note : This is how I felt 3 years ago....Org kata tak usah dikenang sejarah lama..tapi hati ini masih lagi terasa. kata-kata yang disebut masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Perasaan itu masih segar diingatan. Memori bersama tak pernah luput. Agaknya itulah yang pertama buat hati ini tersentuh begitu sekali.

Memang dia sumber kekuatan, sumber insipirasi..betullah kata-kata "Loving is to let go...". I am letting you go. I hope you will have the happiness and the thing that u have always hope to find for....
He is now one year and six months. next week cukup 7 mths. Cannot speak yet except for
1) mit..mit
2) called ayah
3) called mama
4) cakap nak/tak nak

Other than that he will be speaking his own language. I love him so much. Dia makan mcm org besar sekarang. Tak nak suap nak suap sendiri.

Rasa mcm kejap je..dulu masa dia mula lahir..tak sabar tunggu dia boleh jalan. Skrg dah boleh jalan...tak lama lagi nak jadi abang pulak...

Kalau nak keluar rumah, dia akan salam semua org dalam rumah tu. Selalu perasan yang ayah akan bawak dia jalan bila ayah nak pegi kerja. (kah..kah..) pas tu sedih tgk dia nangis bila pintu ditutup dan dia kena tinggal.

Kalau kata nak jalan suka, terus ambil kasut suruh pakaikan. Boleh duduk dlm car seat. Tapi haqqeem ada satu tabiat, naik kereta je dia nak tidur. Berhenti kereta dia akan bangun.

Skrg nak bawak dia jalan amat meletihkan sbb dia nak jalan ikut haluan dia. bukan ikut haluan kita. Kalau dapat tmpt yg luas..suka. berlari-lari anak dia sekeliling kawasan tu.

My husband said haqqeem ni anak dia yang paling ' baik' sekali..hehehe. Kalau beli mainan kat dia..nanti adalah yg tak kena ngan mainan tu...

kalau part 'mengemas' rumah, serah saja pada haqqeem. mesti dia buat keje tu dgn baik sekali...heheheh

I will be on leave from 29.12.06 to 10.1.07. Cadangnya nak bercuti di Tgganu atau Johor tetapi both dah dilanda banjir. Jadi tak tahu lah pegi ke tak..Harap-harapnya by that time dah surut le sikit. Boleh lah nenek dan tok dia di Tgganu tgk haqqeem.

Raya Haji ni request kat abang nak balik Ipoh. Tak tau le approve ke tak. Tak sabar nak balik Iph. Aku suka sangat balik Ipoh dari semua tmpt. Ni nak balik Tgganu kalau ok tak tau le larat ke tak...

Rasa mcm kandungan kali ni betul-betul letih dan tak de energy. Makan lak very choosy..setakt ni hanya buah dan maggi boleh masuk. benda lain tak boleh. Air...hanya air anab.

Friday, December 22, 2006

i feel so tired. i cannot eat and drink anything except for fruits. Dah dua malam asyik mimpi makanan..first day mimpi makam sup tulang..2nd day mimpi makan laksa dan mcm-mcm.

My so called 'morning sickness' is worst not just morning, afternoon and worst at night. I had gastric which makes it worst. Kdg-kdg muntah ada darah sekali..perut pulak terasa pedih.

Semlm doktor bagi ubat Gelusil for gastric and tahan muntah. Like i can eat pills..haha..dulu masa haqqeem tak mcm teruk mcm ni. yes i did muntah but i can eat certain kind of foods only..i did lose weight last time 10 kg...i forgot how i survive the last time...dulu boleh mkn nasi...ngan kicap je..tapi skrg tgk nasi pun rasa loya...buah je yg rasa ok. Rasa nak mkn masam je tapi perut tak leh tolerate pulak...

Aduhai..i pray that Allah will give me strength and patience to go through this.

Nasib mlm-mlm haqqeem leh main sendiri...biar mama nye tertidur...sayang haqqeem for being understanding...cuma letih nak melayan karenah dia bila nak tukar diaper...
mcm ulat kepanasan..lari nak kena kejar..mama dia tak larat nak main-main...

i felt guilty for him....

Saturday, November 18, 2006

Terapi session




Saya merasa sedih semalam. Tapi bukan untuk menceritakan kesedihan saya di sini tapi nak cerita gelagat haqqeem.

Saya pulang lewat dengan mata merah . Terus masuk bilik. Tak nak husband tgk. Dlm bilik saya dudk termenung atas katil. Air mata laju mengalir. Haqqeem nmpk saya lalu menghulur tangan dia sambil memangil “mama…mama…” Dia minta dukung dia. Saya angkat dia dan letak da atas peha saya. Dia pun peluk saya. Saya dpt rasa seolah-olah dia ingin kata “ It’s okay mama. U just had a bad day. Things will be okay..”

Haqqeem selalu mcm tu. Mcm dia tahu bila saya sedih. Dia akan dtg pujuk walaupun dia tak tahu nak berkata apa. Dia akan peluk saya dan tak akan lepas.

Secara psikologinya saya rasa lega. Ini agaknya terapi yg Allah beri pada saya. Hadiah yang tak ternilai….

Sunday, April 23, 2006

aku...

aku sedih..

"citer mcm tu pun nak bagitahu kat org..apa punye org la..."

adakah citer-citer aku di blog ni seperti membuka pekung di dada...tapi aku rasa kalau aku stop aku boleh jadi gile...sebab ni tmpt aku luahkan apa yg tersimpan dlm hati aku...

aku heran kenapa tak boleh jadi supportive..kenapa nak jadi pengkritik...tak de yg kena..asyik tak kena...

Saturday, April 22, 2006

Kata-Kata Motivasi...

MElepaskan diri

Bulan Februari yang lepas abang saya (keluarga sebelah Ipoh) bagi safety gate kepada kami. Dia dah tak guna sebab anak dia dah besar. Pada mulanya memang saya cadang utk beli sebab haqqeem pada masu tu dah mula nak merangkak ke dapur. Jadi memang rezeki haqqeemlah.

Bila sampai di rumah, ayah pun pasang tapi malangnya tak cukup lebar utk ruang diantara dapur dan living room. Ayah pun tambah dengan kayu jadi ruang tepi sebelah kanan dan kiri besar sikit. Tak pe lah. Haqqeem tak lepas kot.

Jadi ni lah gambar di masa beberapa bulan lepas :-



Gambar di atas haqqeem nangis minta dilepaskan...

Semalam, dia dah boleh tahu yang ruang di tepi tu muat untuk dia lalu. Saya peratikan dia dari dapur. Sebab sebelum tu dia lepas ke dapur. Saya ingat saya lupa tutup gate..bila diperiksa gate bertutup. Macamana dia boleh lepas...Rupanya ....



...muat dia lalu. Dia boleh ngiringkan badan dia sampai dia lepas. Dia dah try usha kat tengah tak lepas..pas tu dia merangkak ke tepi..lepas...sabarje saya masa tu...


(berjaya lepaskan diri)..


oo...mcm ni dia lepaskan diri. Pas tu bagitahu ayah. ayah gelak je. Ayah kata nanti dia carikan tali utk buat additional palang. heheh

Itulah cite anak bujang saya ni..

Thursday, April 20, 2006

Projek meminang dan citer si bulat....



Hari Sabtu yg lalu (15.4.2006), kami mengikut anak saudara saya (keluarga saya sebelah Terengganu) pergi merisik + meminang di pekan Rembau, Negeri Sembilan. Kami bawa 7 dulang. Janjinya pukul 10 pagi tunggu di tol Senawang. Tapi 10.30 pagi bayang anak saudara saya tak nampak lagi. Pukul 11 pagi barule nampak muka. Rupa-rupanya member baru nak ambil kek. Adik Ipar saya yg berasal dari pahang(suami adik saya seblah keluarga di Terengganu) yg jadi wakil pihak sini atas sebab masalah komunikasi.

Perbincangan diadakan dengan penuh adat. Saya tak berapa faham adat Negeri Sembilan. Masa tu adalah mereka terangkan mereka dari puak yg mana. Ada empat puak semuanya. Bakal tunang anak saudara saya adalah satu-satunya nak perempuan mereka. Patut lah mereka buat grand. Dengar cerita sampai tumbanglah lembu seekor. Siap ada khemah lagi. Macam kenduri kahwin. Anak saudara saya bagi satu cincin merisik, sebentuk cincin pertunangan dan gelang tangan. Mereka kata sekiranya terjadi putus tunang dari pihak perempuan mereka akan ganti 2 kali ganda. Kalau dari pihak lelaki, kira burn lah.

Lepas persetujuan syarat, kami beralih kepada topik hantaran dan perbelanjaan lain. Seronok juga mendengar perbincangan itu. Saya baru 1st time dengar perbincangan sebegini secara dekat. (Terukkan saya...;)Then barulah acara menyarung cincin tu diadakan. Kakak saya sebelah Terengganu kata rupa bakal tunang anak saudara saya macam saya. Ye ke? hehe..Adik beradik saya sebelah sana semuanya 'sihat-sihat' belaka. Jadi saya katalah 'welcome to the club'....Kira tunang anak saudara saya dah masuk 'club' kami lah...heheh

Saya cuti dari hari jumaat hingga isnin. Hari selasa (18.4.06) baru masuk kerja. 4 hari cuti, seronok dok rumah melayan karenah sibulat ni...Hari Selasa yg lalu, dia cuba utk memanjat kotak yg terletak depan tv. Kotak tu kosong jadi dia pun terperosok ke dalam. Menjerit dia. heheh..kelakar lak saya tgk...(jahat saya ni bukan nak tolong keluarkan..siap boleh ambik phone dulu tangkap gambar dia...)




Kami letak kotak tu supaya dia tak main CD-CD yg terletak di bawah cabinet tv. Tak sangka dia nak panjat lak. Sejak tu dia tak panjat lagi...ingat lak dia terperosok ke dalam.

Haqqeem skrg dah tak ingat nak jalan dlm walker lagi. Saya dah tak letak dia dalam walker dah dekat 2 bulan sebab hari tu saya nampak dia nak panjat keluar. Semlm ayah dia cuba lah letak dalam walker tu, dia tak gerak pun. Lama-lama dia nangis minta dikeluarkan. Keluarkan, wah ligat balik lah dia. Merangkak sampai ke bawah meja, berdiri di sisi katil..berjalan sambil paut pada katil tu...ayah kata..hah tu buas tu nak kena letak dlm walker balik ni....hehehe

Thursday, April 13, 2006

Kisah di suatu pagi

Perbualan ngan driver teksi tadi membuatkan saya terfikir.

Cerita bermula bila dia beritahu saya yg dia dah tak seronok bawak teksi. Tidak seperti masa dia mula-mula bawak teksi dahulu. Kerana ingin tahu saya tanya dia apa yg seronok sangat bawak teksi? Dia kata dia rindu masa dia dan kawan-kawan. Pukul 7 lebih dia hantar anak dan isteri dia. Lepas tu dia bawak teksi smp kul 10 mlm. Selepas tu dia akan berkumpul ngan kawan-kawan teksi yg lain di kedai dan minum-minum sambil berborak hingga pukul 1 pagi. Sehingga 3 tahun rutin dia begitu sehinggalah dia dapat tahu yg isteri dia 'bermain kayu tiga'.

Dia mula bercerita kisah isteri dia yg gila chatting. Sudah setahun lebih baru dia dapat tahu. Satu hari, dia terjaga dari tidur dan dapati yg isteri dia bercakap dgn seseorg dlm telefon dan waktu ketika itu dah 2 pagi. Dia bertanya dan isteri dia hanya kata kawan sekerja. Abang tak payah lah ambil tahu. Jawapan isteri dia buat dia tak puas hati. Dia desak dan siasat sehinggalah isteri dia mengaku yg dia berchatting sehingga ke peringkat berjumpa dengan chatter tersebut. Bukan perempuan tapi lelaki.

Dia kata dia terima ini sebagai dugaan. Mungkin salah dia juga kerana kurang meluangkan masa bersama keluarga. Dia cadang beri isteri dia peluang kedua. Isteri dia minta maaf atas perbuatan dia dan mula hidup baru demi anak-anak mereka.

Cerita dia buat saya terfikir...Sbg seorg isteri saya risau suami saya akan jadi mcm isteri dia. Saya tak terfikir pula akan diuji sebegitu..maksud saya berkenalan dgn lelaki lain dikala saya bergelar seorg isteri. Kalau terjadi, kuatkah saya? KAlau terjadi pada suami saya, sanggupkah saya beri dia peluang kedua? Hanya Allah yang tahu. Saya hanya mampu berdoa semoga perkahwinan saya kekal hingga ke akhir hayat.

Saya masih ingat masa saya bujang dahulu. Saya begitu sukar dan lambat bertemu jodoh. Di kala saya bersedia menjadi seorang isteri, Allah duga saya. Org yg saya nak jadi suami saya berpisah ngan saya. Saya jadi frust...niat saya baik...nak dirikan masjid dan saya berazam ketika itu..saya nak jadi isteri yg baik bila saya dapat jodoh.

Kawan sepejabat saya pernah nasihat saya yg saya ingat smp sekarang :-

"Dlm hidup ni apa yang mesti kita buat ialah niat kita mesti lah kerana allah..niat baik kita sudah dikira amalan...tapi kalau kita tak dpat benda yag kita nak tu..Allah dah tentukan....kita tak boleh kata kenapa kita dah buat dan berdoa semua tapi tak dapat juga.....berdoa tu sebenarnya Allah nak bagi umatnya lebih dekat dan mengharap pada Allah. dimana semua tu dah dikira amalan.......

KITA MINTA APA YANG KITA NAK, TAPI ALLAH BAGI APA YANG KITA PERLU....

samalah dlm kes feena ni...feena dah minta, semua tu niat feena adalah baik..nak kawin, nak jadi isteri yg baik ,tak nak selamanya dok kawan sajer....niat baik feena tu sebenarya dah dikira amalan...tapi Allah yg lebih mengetahui siapa jodoh feena sebenarya........jadi feena teruskan hidup ni dengan terus berdoa & beramal & berikhtiar sambil bersabar dengan apa yang Allah bagi dugaan utk kita...isyallah akan ada kebaikan nyer nanti....."

8 bulan kemudian saya bertemu jodoh ngan suami saya. Setelah bergelar isteri, baru saya tahu mengapa Allah buat begitu pada saya. Bukannya senang menjadi isteri yg baik...saya masih berazam utk kotakan apa yg saya cuba jadi. Semoga Allah kuatkan kesabaran dalm diri saya...dan juga mudahkan jalan saya utk jadi isteri yg diredhai suami.

Kalau saya curiga ke pada suami saya...saya sms kat dia " Abang, feena masih sayangkan perkahwinan ini. Feena harap kita masih boleh beri kejujuran dan kesetiaan kita bagi rumahtangga kita. Bagi pihak feena, selagi minda ini masih waras, Insyaallah nafsu yg 9 ini masih boleh dikawal.... "

Tak de apa yg saya harap pada perkahwinan ini selain dari apa yg saya katakan di atas. Bukan rumah yg besar, harta benda yg banyak..hanya teman di kala susah dan senang sehingga akhir hayat...itu je harapan saya...

Monday, April 10, 2006

Weekend Gateway

Over the week i find myself missing something but i dun't know who....

So suddenly saturday afternoon i received a call...

" Guess where are we"
" Kat mana? How would i know? Ala..cakaplah...."
" Papa ada kat sini lah. Nak ambil ina so we decided to bermalam kat Intekma Resort. Abg nak dtg mlm ni belanja makan"

Unfortunately, hubby has to report work at 11pm. Nasib dia bagi me and haqqeem pegi. Abang ambil me and haqqeem and went to Intekma Resort.Then we gp for dinner at Padang Jawa. Best gak restoran tu. Makanan was sedap and fast. Haqqeem was happy with his nite out. Lepas makan abang nak balik with the family. I naik with papa and umi and adik-adik went back to Intekma Resort. However, the lift broke down and they have to call the cntractor from KL. Umi could not walk up the stairs sbb her condition (which i will story later)...so Papa asked for a change of room. He were angry because we have to change rooms and we got breakfast for free the next day.

Haqqeem pun good boy tak meragam. Dia kalau dapat jalan happy sangat. Berulang alik lah my sister bawak bag-bag. Kesian mereka. We were not sleeping until 11.30 pm. We got a room sama building ngan registration counter. The building which we wre earlier was mcm desserted. Siang tu agaknya ada conference and food left over tak kemas pun. Ni kalau at my workplace dah siap kena bambu nih...and they all rilek jer...

This second room apartment is much nicer and well taken care of. Room Apartment ada 2 bilik, living room, 2 veranda, and a kitchen.

Try to post the pictures here tak boleh pulak. Will upload when its okay.

Bestnye kalau dapat rumah mcm ni...tapi i don't know whether i can live like this or not. I am seorang yg takut sunyi...my house now ada jiran-jiran yg dtg berborak...ada org lalu lalang..so tak takut sgt...

Haqqeem tidur nyenyak semlman...Dia happy dapat jalan...merangkak keluar bilik..dari ruang tamu ke bilik...main-main ngan mama rin dan mama na nye...

By tghari papa balik dari golf game dia and took us out for lunch kat restoran nasi campur.Haqqeem makan nasi and sup. pas lunch papa sent us home.

I think what i miss was time spent with my family. Balik tu i felt lega seolah-olah baru dapat jumpa org yg dah lama tak jumpa....

ni first time haqqeem dapat tidur hotel..tapi lebih mcm rumah lah...dia pun happy dpt jalan-jalan...Intekma Resort tu ok kalau dia up kan service dia dan pihak pengurusan jaga elok-elok aprtment dia....tapi skrg blok-blok yg blkg tu mcm terbiar jer....

Today, Monday Haqqeem dah start nak batuk. Dia pun asyik cirit birit. Mungkin kerana semlm haqqeem makan sup kat restoran nasi campur tu kot. Mama dah rasa tak pedas. Itu je yg mama boleh fikir haqqeem makan. Yg lain adalah menu rutin dia. Tghari tadi haqqeem nangis je dok melentik-lentik badan. Mesti sakit perut. Petang tadi mama bawak haqqeem gi klinik. Dr bagi 4 mcm ubat-ubat cirit, ubat sakit perut, ubat kahak dan ubat batuk. Nasib skrg haqqeem dah ok makan ubat. Hanya pegang tangan, menyungut tapi telan gak ubat tu....hehehe


I hope haqqeem will get better tommrow...Risau mama tgk haqqeem merengek sakit perut

Saturday, April 08, 2006

School Memories- Tagged Again!!!


I have been tagged by aidura....thanks aidura. 2 x kena. Well, here goes ...







1) How many schools did I go to?
Let's count :

i) Sekolah Rendah Kebangsaan Rawang (1981)
I forgot the name as I was here only in Standard 1. Pas tu my father have to moved to Taiping, Perak.

ii) Sekolah Rendah Convent Klian Pauh, Taiping Perak (1982 to 1986)
Here, I spent my childhood and I have great memories here. Lots of friends and I don't know where they are now.

iii) Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Selangor (1987 to 1991)
My father had to moved again. My school was really far from home in Cheras. 30 mins from house. Ada bas sekolah. Sini I mula libatkan diri dlm bola jaring, kebudayaan...belajar menari tarian tradisional u..heheh and mula kenal apa itu abang angkat..ghehehehe.
At first, I want a all girls school, tapi tak dapat. But it was the best i guess. Mcm - mcm org i met here. Ramai gak my friends yg tak contactable dah skrg...try to find them but i lost some of their phone numbers....

Itu je lah the schools i did go to..3 je ek...

2) Was I the studious nerd, or the last minute hero ?

I am definetely last minute nye study type. I have short memory span...so i have trouble remebering facts kalau study awal..except for calculation nye subjects such as Maths, Prinsip Akaun...

3) Was I the class 'taiko' (don't care macho attitude is what I pressume it would mean in Eng)/ or teacher's pet ?

I guess neither. I don't like to stand out or be someone pet....

4) What was the biggest rule I broke in school ?

Apa ye...tak de rasanya....

5) 3 subjects I enjoyed

Mathematics, English and Prinsip Akaun

6) 3 teachers that inspired me

i) Cikgu Rosli - he is handsome and a good stroy teller. That year he was teacher History. He
made me love history. The way he teaches like u are listening to a story...best...

ii) My statistic lecturer- sorry i forgot the name...can this be included tak?
Dia ajar memang best. Kalau bab transportation..ke kita kena lukis map of the operasi...ala
yg operasi d akan dijalankan selepas operasi C...dia pandai lukis smpi muat satu board tu...

iii) Itu je kot....yg i ingat...my fav...


Well I hope this entry does not bored anyone of u...Anyway, have a nice weekend.











Update all day this week...


Dear all,

my apoligize if i did not reply any of u coz i have been busy this week.

Sunday 2.4.06

Early in the morning we went to visit my sister kat Uitm. Ni dia kat sebelah. She is taking Pra Undang-Undang. Next sem, insyaallah she will be in Year One.

Lepas tu suddenly, mu hubby nak pegi pasar besar sungai buloh....drive le dia begitu jauh perjalanan (i rasa)...haqqeem was sleeping all the way. Smp sana tak de lah best sgt mcm dia claim. Dia pun last pegi dah lama. Dia kata dulu best. Mcm ni setakat pasar kat PJ lagi happenning. Ikan yg dijual pada pendapat aku agak mahal berbanding ngan KL. I bought talapia and jenahak. And also other sayurs for weekly usage. Then we go outside the market, jalan-jalan. it was renyai-renyai. Beli kuih and ate in the car.

Bila balik, my MIL ajak lunch rumah dia sbb dia nak masak siput sedut. I am not good at makan siput sedut.. i have skill problem in seduting the siput...;) , kepala pun berdenyut-denyut tak tahu kenapa. So idecided to baring jap and ask my hubby to go with haqqeem.

"Mama tak nak makan lah...sakit kepala pulak"...

Petang tu bila hubby balik dari MIL's house, haqqeem demam. Badan dia panas. Bawak g jumpa dr and bagi ubat. Haqqeem nak demam apa pulak...mama pun demam juge.
Malam tu dia merengek-rengek. Tak nak tidur...susu pun tak nak..nak mama jer...tak nak ayah. Mama tak sihat..tapi gagah kan juge la dukung dan dodoikan dia to sleep. Letak je dia nangis...dia nak tidur atas badan mama..letihnye i..could not sleep well...

3.4.06 - Monday


Haqqeem cried the whole day. He refuse the milk. Hanya bagi dia makan and minum air glucose jer...Kejap-kejap nangis..mama langsung tak boleh masak. I eat roti..then kena dukung dia bawak jalan-jalan. Nak gi toilet pun dia nangis...nak berkepit jer....

Ayah balik..mama minta pasangkan buai...barulah haqqeem nak tidur...lama haqqeem tidur dlm buai. Kalau dia sakit, mesti dia nak berdodoi..fuhh..lega nya i...boleh tidor sekali...i was too tired to cook and not feeling well..my body was aching all over...hubby volunteer masak capati and kuah sardin. ...Best gak...

Menjelang malam, dia dah okay sikit . Perut dia kembung masuk angin sbb dia refuse to milk...jadi i bagi dia Dentinox. Berangin sikit..kentut jer dia....baru le dia nak main-main...and mlm tu dia merengek tapi tak kerap..mula menyusu tapi tak kerap..2 botol jer...

4.4.06 - Tuesday

I have to go to Putrajaya today to renew our Chef's visa. Dia janji nak ambik kat rumah with her wife. Haqqeem pagi-pagi dah nagis nak dukung jer....dia buat balik pernagai dia..tak nak letak..mama nak mandi and bersiap pun tak boleh...letak sebelah mama pun tak boleh dia nagis...nangsi jerit-jerit smp kuar air mata...hai..anak ku sorang ni....maybe dia tak sedap badan kot..jadi nak berkepit jer la....

Pas anta dia kat rumah my MIL, my chef datang and we went to Putrajaya. The counter was tersusun and it was organised. Not like last time kat Pusat Bandar Damansara. Skrg although the travel distance is further and takes longer time, tapi rasa lebih organize. Kalau dulu, dgn all the foreigner yg nak minta extn, tunggu sekali..ada yg bawak anak kecil, berkampung di immigression. Skrg tak de and u can waith comfortably. I mean the hall lapang and kaunter pun lebih banyak. Tak bersesak.

We finished around 2pm and decided to take our lunch. After that we headed to our office.We reach the office around 4pm and i was really tired today.

tonight i started not feeling well, my fever start and i have a bad swolen tonsils....

5.4.06 - Wednesday

I went to our panel clinic minta a good antibiotik for my fever..it keep coming back, The doctor said it is because of my swollen tonsils that is why i have fever. He gave me a good antibitic, liquid to gargle, ada ubat hisap to relieve the swolen tonsils, and also Panadol.

The bill- RM67. I was shocked...My company only supports RM30 and the balance i have to top up.

I got Medical leave for the day and went home. Took my medicine and sleep the whole day. Badan sakit-sakit lak....

Haqqeem still tak nak menyusu....risaulah mama. Dia hanya nak makan dan minum air masak jer...

6.4.06 - Thursday

Today went to work and feel a bit ok. My tonsils dah kurang rasa sakit. Bagus lah ubat tu...berbaloi lah bayar mahal pun....

This morning I decided to go to my fav stall. It is a small stall, tapi service dia bagus.


For those who to see my flat, gambar tak clear tapi inilah rumah kami..kecik tapi cukup lah utk kami bertiga.









This view is taken from where i wait for my transportation (bus, taxi..anytthing i see first) to go to work every morning. My house tingkat atas sekali (Tingkat 5) and we have no lift. Jadi tiap-tiap hari naik dan turun tangga.

Nothing happening today cuma semalam i hear my bos marah benar pasal our dept's attendance and puntuality....

And suddenly i was told to be pendakwa for an inquiry held at the office. So much i want to gather the experience, tapi also i don't feel confident. Dah lah short notice and tommorow the inquiry....

Ya allah, semoga dipermudahkan....

7.4.06-Friday

Today, I have to submit deparmental monthly report. Nasib sempat habiskan seblm kul 12 pm. Selepas tu, study all the material for the inquiry.

Alhamdulillah, the inquiry went well and it is a win-win situation. I am happy for the accused. I hope he regret what happen and open a new chapter. Antara good advice i learnt today :-

1) Kita jangan terlalu mengikut perasaan marah, bykkan beristiqamah
2) Bersyukurlah dgn apa yg kita ada skrg, keadaan org lain lebih teruk. allah tahu apa yg baik utk diri kita.
3) Hidup ini memang sentiasa akan ada dugaan. Ini semua untuk jgn bagi kita lupa dan menjadi kita lebih matang dan redha.
4) Bukan manusia yg beri rezeki pada kita, Allah yg beri rezeki. Mintalah pada Nya.

Satu peringatan untuk diru ku yg mudah alpa ini....

Saturday, April 01, 2006

7 weird habit - kena tag

Like syikin, everyday morning i would read all the blogs yg i suka baca then i start to do other thins. Today, I read safurah...then i saw my name at the bottom of her entri..i want to tag...mamafynn.

Thanks Safura.

Well here goes,

1) Bila tgk horror movies, instead of closing my eyes, i would close my ears.

Reason : Sbb bila tutp mata dgr lagu/background sound tu yg buat lagi takut. Ada satu masa dulu, all my friends dah tengok Nang Nak (Citer seram Thailand) and i was curious to see. Jadi i saw alone and suara tu i mute kan. Tak de lah takut sangat bila tgk citer hantu tak de suara.

2) Suka smell handiplast- yg cloth type
This one i don't know why. Dari mengandung smp skrg i suka sgt. Masa mengandung lagi suka. I had to buy and purposely put on my hand so i can smell it. ;) Mcm bantal busuk tu...tapi handiplast busuk...heheheh

3) I like to read when doing my business.
Tak kisah lah baca apa pun, sms pun jadi. Kdg-kdg kalau kat rumah sblm ada haqqeem, baca botol shampoo lah...tapi skrg tak boleh lagi....haqqeem memekak kat luar...;)

4) Makan ubat ngan air berperisa.
Org kata tak elok tapi nak wat camana. Kalau tak tak leh telan....

5) Like to read catalog
Tak kisah lah catalog apa...Tesco ke, Carrefour ke, Makro ker, Direct selling nye buku pun ok gak....suka tgk gambar

6) Rubber band kat tgn
Suka kutip rubber band then letak kat tangan. Tabiat ni my anak sedara aiman dah terikut...hehehe

7) Suka beli jam tangan RM 9.90.
Weird ke ni? Or addicted ? heheheh

Ok sape ek nak tag...tak tahu sape yg selalu baca i punye blog...

i nak tag

1) Izhal
2) Syikin
3) Arena
4) atrco

Friday, March 31, 2006

Anak sedaraku...


I have to take care of them after work till 9.30pm. When I am off, they spend the whole day at my house. They call me mama but actually i am just their makcik sedara. They are my BIL's children. Yg lelaki namanya aiman (4 y.o) Hyperactive child i would consider. Tak leh dok diam kecuali kena marah ngan i. Kalau pukul dia, dia akan naik 'hantu' and panggil org semua ngan bad names. Yg perempuan namanya aisya (6 y.o). Dia dulu kecik nakal gak, tapi dah besar kurang sikit. Penakut. Still tak boleh pakai kasut ngan betul. Kaki kiri selipar kanan and otherwise. Aiman cerdik sikit, berdikari tapi tu lah....nakal. Baru-baru ni, dia campak kucing kepunyaan jiran kami ke bawah. Nasib tak mati....Kena marah ngan saya. Tak tahulah nak approach macamana biar dia ingat. Saya kata tak baik campak benda yg hidup. Dia ada roh. nanti dia marah dan jadi hantu kacau aiman. Saya kata aiman kena belajar hormat barang kepunyaan orang lain.

Anak saya haqqeem tinggal bersama my MIL bila saya gi keje. Mereka pun tinggal sana sbb my BIL lives with his mother. Antara harta /toys kepunyaan anak saya yg dah rosak dikerjekannya :-

1) Walker - patah (dia cabut skru kat tayar)
2) Trumpet - dia dismantle the parts
3) Handphone mainan- dia pecahkan

Sejak tu saya stop letak mainan dalam beg my son. Saya cuma bekalkan yg aiman tak minat nak main.

Saya kata kat dia.."mama tulis semua toys adik (my son dia panggil adik) yg aiman dan aisha rosakkan. Esok aiman besar, aiman kena bayar. Nanti kakak dan aiman dah besar, kakak akan lebih kaya dari aiman. Dia dapat beli kereta sbb dia tak rosakkan barang org. Aiman pula, habis duit asyik membayar ganti rugi barang orang yg aiman dah rosakkan. "

Dia pun kata " Ala tak nak lah, aiman nak beli kereta juge "

" Jadi jgnlah rosakkan barang orang " Saya kata.

Saya harap dia akan grow out of dia punya nakal. Tak tau bila. Dia tak takut ngan ayah dan nenek dia. Yang boleh marah dia is my husband. Kalau my husband marah dia, baru lah senyap jer ;)

Tuesday, March 28, 2006

Trip To Malacca

It'z been so long since i update my blog...mugkn sbb tak de apa yg berlaku dlm hidup i...it is just the same routine...

Last weekend we went to my husband's grandmother house. Rumah nenek dia is the old malacca's village house yg ada serambi, ada tempt duduk depan tangga and also ada tempat yg simpan brg kat atas umah tu apa panggil nye polong...ntah le..(ala, tmp yg pontianak suka lepak and jenguk tu kalau dlm filem seram lah..hehe). I suka design rumah dia..tapi dah diperbaharui nye version. Meaning dah tambah sikitlah belakang tu...bhgian dapur and toilet dlm rumah. Dulu-dulu diaorang mandi kat perigi and toilet pun kat luar rumah. I suka lepak rumah nenek dia tapi apa yg i tak suka if we all bermalam di situ. Rumah nenek dia berhadapan dengan kubur cina. Minggu tu plak, cina-cina ni ada acara pemujaan hantu..ala diaorg dtg melawat kubur and bawa duit-duit kertas utk dibakar. Siap ada yang bakar mercun lagi. Mlm tu to tell the truth i tak boleh tidur...takut...nak buat susu anak pun i tak tgk around..bulu roma pun meremang jer...dlm hati cepat lah siang...

I am glad to be back home. Semlm hubby kata bila pencen kita dok sana lah? and i said tak nak lah...kalau kawasan perumahan nak lah...ini depan kubur...not my way of spending my old days there....rumah dia best cuma kawasan dia tak sesuei...i lebih rela dok sorang kat sini...;)..hehe bole ker?

Saturday, March 18, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Saturday, March 11, 2006

Daily routine....



This morning haqqem is getting better. Nafas dia dah ok skit. I notice kalau bagi dia makan ubat pas dia bangun tido...dia senang nak telan..mulut siap nganga lagi. Agaknya dia mamai, ingat mama suap apa. Haqqeem ada 4 ubat- ubat lelah (ventolin syrup - kale putih), ubat batuk - kale hitam, ubat selsema - kale merah dan ubat antibiotik - mcm susu.

This weekend is just me and him because hubby had to work tommorow from 7am to 7pm. BTW, my hubby works shift. He has 3 shifts - 7am to 3pm, 11pm to 7am, 3pm to 11pm. This week dia shift petang. The shift changes weekly. Tapi starting esok till Khamis dia kena report 7am to 7pm. Bila dia shift malam, hanya tinggal me and haqqeem tidur berdua. I am a 'penakut' person. Jadi tv on 24 hrs, lampu bilik and ruang tamu pasang....Kadang-kadang kalau my husband's eldest son ada main komputer, boleh lah jadi peneman. Kalau dia ada dia balik rumah ibu dia pukul 3 pagi mcm tu.. Ok lah..hanya ada 2 jam je berdua...i wake up at 5.30am or 6am daily.

My routine daily weekdays :-

5.30am to 7.30 am
- Kutip all Haqqeem's feeding bottle from last night menyusu. He oftens wake up every 2 hours utk menyusu.
- Panaskan air
- Panaskan or prepare meal haqqeem ( 2 meals for breakfast and lunch)
- Sidai kain (Every 2 days once)
- Gosok baju gi keje (I only get idea nak pakai baju in the morning...;)
- Mandi
- Sembahyang subuh
- Haqqeem wake up at 6.30 am or paling lewat 7am i tukar diapers dia..
- Then i prepare susu and air kosong dalam botol dia put in the bag.
- Sebelum keluar pas bagi dia makan ubat then sapu vicks kat dada.
- Then off we go to my MIL's house.

My MIL's house is a stair away from my house. My house di Tingkat 5 ( We have no lift ), jadi setiap pagi i akan turun tangga then naik tangga yg lain hingga tingkat 5 to my MIL's house.

7.30 am
Off to work.

6.00 pm
Back from work

7.00 pm
Pick up Haqqeem (only if my hubby works afternoon shift) Kalau tak dia akan amik Haqqeem.

7.10 pm
Panaskan makanan Haqqeem for dinner
Change his diapers
Take bath
Sembahyang maghrib
Cook for dinner (Simple meal je...mcm all the goreng-goreng mee/meehoon/milidi..etc..or sup or paling senang roti and sardin...;)..did i mention my hubby is a fan of roti...;)

8.00 pm
Bagi haqqeem makan sambil tgk berita
I makan
Basuh pinggan
Angkat kain
Vaccum - 2 days once
Mop - 2 days once

10.30 pm or 11.00 pm
Lipat kain - this job is done only bila haqqeem dah tidor.
Simpan all the toys.
Kemas all the bags (me and him...)
And mama pun tido.....

Kadang-kadang i tak lipat kain pun kalau letih...esoknya baru lipat. Nasib i don't have to gosok my husband baju kerja. He oftens wear t-shirt and change to his uniform bila dah smp tempat kerja...

Well, that's my routine every day...

Friday, March 10, 2006

The Lift

Someone Forwarded me this email...i like the final paragraph....;)

The Lift

People are often unreasonable,
Illogical, and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind,
People may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful,
You will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank,
People may cheat you;
Be honest and frank anyway.

What you spend years building,
Someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness,
They may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today,
People will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have,
And it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis,
It is between you and God;
It never was between you and them anyway.

Wednesday, March 08, 2006

Babyfood

Today nafas haqqeem berbunyi lagi. Kena sedut gas ...kena marah ngan doktor sebab bwk dia lambat. But he looks okay despite his difficulty to breathe. Nak agah-agah orang..siap agah doktor tu..tapi nafas tercungap-cungap...

I have to prepare 2 meals now for haqqeem. Dia dah tak nak makan nestum. So with ummi help i prepared Yummy cous-cous. Tapi tak sempat nak tangkap gambar. Tak tau la dia suka ke tidak.

Semalam i prepared lentil puree. Dia suka sgt. Kalau buat sup cair sgt, so i decided buat pekat sikit...

The recipe is like :-

- Red lentil
- Potatoes
- Bwg putih
- garlic
- cummin powder

Tumis Bwg putih and merah. Then masukkan lentils and potatoes. Masukkan air and add dashes of serbuk jintan manis.
Bila dah pekat and potatoes soft boleh pureekan dan bagi mamam.

Dia makan and he liked it. Esok nak bagi makan apa lak ye...Ummi blog on the momanddadwho cooked really inspired me to cook babyfood and also for family meals.

I am not good at cooking tapi i also tak tahu malu punya org. Keep on asking walau silly question. Bolehlah masak untk my family makan...ingat dulu masa i met my husband..i confess siang-siang...i memang tak tahu masak. and dia kata tak pe lah...kita masak lauk tunjuk tunjuk je lah...smp skrg dia tak force me to cook...but i want to cook..despite his comments lah..(ehem....)

So what's for tonite..my gum is infected so i am on soft food diet...and apa ye nak masak utk haqqeem for tommorow?...hmmm

Friday, March 03, 2006

Sedih rasa kalau kita dichop 'no brain' oleh orang. Saya rasa org yg employ org yg 'no brain' tu ada brain ka ? Mesti secara logik org yg ada brain ni takkan nak ambik org yg 'no brain' kan.....

It is really demotivating if you hear something that can demotivate u...semangat rasa dah berkobar-kobar..tiba-tiba.....

Dlm hati kata..ahhh buat ape aku bertungkus lumus kalau dichop 'no brain'..kita pun buat le mcm 'no brain' punye level....

Tapi ada lak kata tunjjukan pada yg ada brain ni...org yg 'no brain' ni boleh buat keje lagi bagus dari ko..hahah..tu reverse pyschology...

Ahh..ade setengah org nafsu lebih ..susah nak dipuaskan...dia puas dpt maki org..dia puas tgk org jatuh...dia puas...