Pagi itu aku terjaga dengan terasa sejuk di perut. Kenapa ek? takpe lah detik hati aku. Hari ni ada monthly check up jadi nanti tanya doktor.
Aku pergi sendiri naik teksi. Sampai sana routine check up, urine,bp, weight dan selepas tu tunggu jumpa doktor. Tiba giliran ku, doktor minta check pemakanan aku untuk kecing manis. Katanya dia tak puas hati dengan my eating pattern and my glucose level. Dr bagi masa up to that weekend and if it does not improve, she will put me on insulin.
Lepas tu check perut. Seperti biasa doktor letak alat doopler (yang utk dengar heartbeat baby) but she could not find. "Maybe awak ni air ketuban banyak sangat" katanya. Jadi dia ajak saya pergi ke scan room. Bila di scan, doktor hanya diam sahaja. Hati aku tak sedap. Aku tgk di skrin dan nampak sekujur tubuh kecil yang tidak bergerak. Ini bukan kali pertama aku melihat skrin itu. "Selalu 'dia' gerak kenapa dia tak gerak doktor?" tanyaku. "Nanti saya minta pakar scan untuk lihat awak" kata doktor.
Sementara menunggu pakar, hati aku cemas. Adik dah pergi ke? Adik dah putuskan untuk tinggalkan mama ke? Kenapa adik? Adakah kerana salah mama tak jaga pemakanan? Adik dah cukup sifat dah ada roh...Aku istighfar...
Bila tiba giliran aku, doktor pakar sahkan yang adik dah meninggal dalam kandungan. Kemungkinan dah 2 atau 3 hari sebelum. Aku diberitahu yang kandunganku anak perempuan. Seperti yang ku idamkan...Aku menangis di kala itu juga. Sedih, takut semua perasaan bercampur baur kecuali gembira....
Puncanya ? Aku sendiri tak tahu. Kemungkinan sebab kencing manis ku atau ada kemungkinan organ dalaman dia tak form properly. Itu kata doktor. ...
Aku telefon my hubby untuk bagitahu. Suara di hujung sana hanya membisu seketika...sebelum akhirnya bersuara " Abg, datang skrg. tunggu situ"
Aku terpaksa masuk wad. Doktor bagi aku pilihan. Pertama nak tunggu aku sakit bersalin naturally which will take up up to 3 weeks atau nak induce. Dimana ubat dimasukkan kedalam untuk mengalakkan kontraksi untuk berlaku. Cara ini ada risiko. Sebab previous pregnancy aku melahirkan secara pembedahan dan mereka takut berlaku scar rupture due to the strength of the contraction. Dan sakit bersalin yang di induce selalunya akan lebih sakit dari sakit bersalin biasa. Suami tanya " Awak boleh tahan sakit tak?" Aku terdiam. Dia lebih tahu yang aku memang tak tahan sakit tapi takkan nak balik dengan perut yang membusung dan jasad yang tak bernyawa masih ada didalam. Hati aku berdetik " Aku harus hadapi saat itu, walaupun sakit mcmana sekali pun sebab aku punya tanggungjawab...mama harus kebumikan mu sayang..."
Hari pertama doktor nak tunggu sehingga aku ada tanda sakit bersalin. Hari kedua doktor masukkan ubat yang kurang kuat. Aku tak rasa apa - apa pun. Saat sepanjang hari aku ditempatkan di bilik bersalin dan hanya melihat mama lain bertarung melahirkan anak yang bernyawa..dan aku melihat suami dan ahli keluarga yang bersinar mata mereka menyambut kedatangan anak itu. Dan aku hanya duduk termangu, sebak melihat mereka. Ya allah, tabahkan lah hatiku untuk melalui dugaanMu ya allah. Hanya ini jodoh ku dengan anak ku. Hanya sehingga detik ini KAU benarkan untuk dia bersama ku. Setiap hari aku berdoa pada MU untuk lindungi kandunganku tapi apa dayaku...KAU yang berkuasa untuk memberi dan KAU jua yang berhak mengambinya kembali ke sisiMU. Aku redha...Aku pasti KAU lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku...
Hari ketiga selepas berbincang dengan doktor pakar, mereka bersetuju untuk memberiku ubat yang lebih kuat. DAri pagi sakit itu datang sedikit demi sedikit dan makin lama makin kuat. Sampai selepas asar air ketubanku pecah dengan sendiri. Selepas itu sakit makin kuat sampai tak larat nak jalan. Doktor kata mungkin tak payanh tunggu bukaan sehingga 10cm. Dia check bukaan masih 1 cm. Menjelang Maghrib aku dah rasa nak teran. Doktor kata dah 3 cm...sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Aku teran dan dengan 3 kali adik keluar. kecil dan biru tubuhnya. lega rasa adik dah keluar...tiada jahitan diperlukan. Lega..Kecil nya jasad arwah adik. Sepanjang botol mineral.
Selamat tinggal adik yang kuberi nama Nurul Insyirah. Kembalilah kepadaNYA. Adik pasti gembira di sana. Aku redha....
3 hari selepas adik dikebumikan aku bermimpi adik. Aku dan suami kejar dia tak dapat. Aku hanya nampak kelibat dia. Dengan gelak ketawa dia....
Sehingga hari ini aku masih belum pergi ke kubur arwah. Jauh di sudut hati aku amat rindu padanya...Ku pujuk hati..Ingat ketentuan Allah. Aku harus redha..
Pesanan seorang rakan : " Ingat feena, kita ni cam patung ukiran. Nak jadikan ukiran itu sempurna kena pahat selalu. Tiap kali pahat akan rasa sakit. Allah nk tgk kesabaran kita. Kan sabar itu separuh dari iman"...
terima kasih rakan...Kau selalu ingat kan diri ini yang selalu alpa. Aku tak rugi punya kawan seperti anda...
Monday, June 25, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)